Wednesday, June 3, 2020

KHAZANAH HATI




السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين.. اللهم أنزل الرحمة والمغفرة والسلامة على أبوى واله وخلفاءه وازواجه واولاده ومن نصره إلى يوم الدين ....أمين يا رب العا لمين 🤲🏻


Abuya Syeikh Imam Ashaari At tamimi


Hati adalah merupakan gudang atau khazanah.

Orang yg beriman yang cintakan Allah dan takut dengan-Nya

Ini adalah merupakan khazanah yang tersimpan
Di dalamnya isi-isinya intan, berlian, mutiara, emas dan perak mahmudah.

Orang yang tidak beriman atau lemah iman
Hati merupakan gudang yang tersimpan najis mazmumah yang rohaniah

Makin orang itu dewasa semakin penuh dengan najis-najis
mazmumah yang bersifat rohaniah

Yang sudah matang akan meledak muntah
Najis rohaniah inilah yang selalu melimpah ruah

Melalui anggota lahir, yang musnah
Kadang-kadang melilih melalui lidah,

Ramai orang susah, ada orang terhina, ada yang  kena fitnah

Adakalanya mengalir melalui matanya, maka jadilah mata keranjang
Dan mencari kesalahan orang

Tidak kurang pula mengalir melalui otak, untuk merosakkan agama,
bangsa dan negara
Haru-birulah bangsa dan negara dibuatnya
Tergugatlah kestabilan negara

Jika najis mazmumah itu mengalir,
ramai orang kena lempang, rumah terbakar

Bom meledak yang memusnah dan merosak

Orang kena rompak, orang kena tembak, bank dirompak, rasuah banyak.

Kalau keluar mazmumah itu di tempat alat kelamin
Berlakulah rogol dan zina

Seolah-olah gudang tadi adalah gunung berapi yang aktif

Yang sering memuntahkan lahar yang memusnah dan merebak
Menyakitkan dan membunuh binatang dan manusia
di mana-mana sahaja

Merosakkan harta benda dan khazanah negara

Bahkan najis, mazmumah rohaniah ini lebih bahaya
dari gunung berapi yang meledak

Gunung berapi meledak sekali-sekala sahaja

Tapi ledakan najis mazmumah ini
Setiap waktu dan ketika tidak kira di mana saja

Kerosakan dan kemusnahan setiap hari berlaku, tiada  rehat-rehatnya

Hinggakan bahayanya manusia tidak dapat hidup didalam keadaan aman,
damai, harmoni dan bahagia

 AfT ... ابوي
6 .1 .03        
Menjelang Zuhur
Previous Post
Next Post

0 comments: