يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ (١٥٣ - 153)
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(QS al-Baqarah 2:153).
"Seseorang muslim itu tidak ditimpa sesuatu dari keletihan,penyakit,masalah [kebingungan] kesedihan ( kerana kehilangan sesuatu ) kesengsaraan dan dukacita sehinggakan ( kepada ) duri yang menusuknya dan (menyakitinya) kecuali Allah menghapus (mengampunkan )
dengan semua itu daripada dosa-dosanya."
(Riwayat al- Bukhari).
Allah hendak mendidik dan menghiburkan orang-orang yang sabar.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Sungguh menakjubkan keadaan seorang yang beriman, semua urusannya adalah baik. Jika mendapat kebahagiaan dia bersyukur. Maka syukur itu menjadi kebaikan baginya. Demikian pula, apabila ditimpa kesusahan dia bersabar. Maka sabarnya menjadi kebahagiaan baginya. (Riwayat Nasaie).
Firman Allah SWT:
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ .
Maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(QS al-Baqarah 2:156)
Al-Quran dan Hadis tersebut menjadi motivasi kepada kita yang benar-benar menghayati hidup beragama dari bertuhan dengan fahaman bahawa Allah SWT yang menciptakan manusia. Maka apa sahaja yang Allah tetapkan ada manfaatnya kerana hakikatnya makhluk perlukan pencipta bukan pencipta perlukan makhluk. Kenangan buat dakwah ke China.
( Ke China 7/ 1992).
0 comments: